:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT KO-KURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

Selasa, 28 Mac 2017

Manual PAJSK KPM


Manual PAJSK KPM ini disediakan bagi membantu para guru untuk membuat kemaskini data terutama guru baru yang bertanggungjawab mengisi markah atau mengemaskini data bagi PAJSK. Sistem Guru Online fokuskan kepada manual penggunaan sistem dan memasukkan markah murid.

Login ke dalam Sistem PAJSK

1. Login ke dalam system.
2. Setelah masuk ke website PAJSK anda akan dapat melihat homepage seperti berikut. Sila pilih Guru Penolong Kanan (GPK) Rendah. (Kita guna contoh guru sekolah rendah)


3. Masukkan IDKodsekolah dan Katalaluan masing-masing. Untuk login buat pertama kali, katalaluan adalah 123456.


Petunjuk:
-Masuk – Masuk ke dalam sistem
-Semula – Padam semua idSekolah atau Kata lalauan yang telah dimasukkan
-Lupa katalaluan – Untuk mendapatkan katalaluan semula
-Utama– Kembali ke menu utama



4. Setelah berjaya login, sila kemaskini (tukar katalaluan default kepada katalaluan yang baru) dan maksukkan maklumat GPK yang bertanggungjawab. Klik “Simpan” setelah semua maklumat diisi.


Kemaskini Markah Manual PAJSK Murid ke dalam Sistem

1. Klik Kemaskini markah pelajar 2015 (Masukkan maklumat GPA pelajar bagi tahun lepas)
- Pilih Tahun -> Klik Cari
- Sekiranya mahu membuat carian secara spesifik, sila pilih tahun (kelas) -> masukkan no kp/nosijil/no pasport) Klik Cari.
- Paparan dibawak akan dipaparkan. Masukkan maklumat yang diperlukan dan Klik Simpan.



2. Menu-menu lain hanya akan dibuka setelah kemasukkan markah tahun lepas selesai dibuat.



3. Klik pada menu Kelab Persatuan/Sukan Permainan/Badan Uniform/Ekstrakurikulum (contoh diambil Kelab Persatuan) dan mula membuat pengisian markah.
-Pilih tahun dan nama kelas murid -> Klik Cari.
-Paparan dibawah akan dipaparkan.


4. Klik Pada icon kertas bagi membolehkan paparan dibawah dibuka. Isikan semua maklumat dan klik simpan.



5. Setelah butang Simpan diklik, paparan dibawah akan dapat dilihat.



6. Pengguna boleh melakukan kemaskini dan juga menambah aktiviti bagi pelajar.
-Klik Icon Pensel untuk melakukan sebarang kemaskini.
-Klik Butang Tambah untuk menambah aktiviti.Penambahan aktiviti hanya memerlukan maklumat peringkat dan tahap pencapaian.



7. Setelah Butang Simpan diklik, paparan bawah akan dapat dilihat
-Aktiviti Utama – tidak boleh dibuang.Hanya boleh dikemaskini.
-Aktiviti tambahan(penyertaan)-Boleh dibuang dan dikemaskini.



8. Segak- (Pengisian markah Segak)
-Pilih tahun dan kelas murid -> Cari
-Paparan dibawah akan dipaparkan.


9. Klik Pada icon kertas dan paparan dibawah akan dapat dilihat. Isikan semua maklumat dan klik simpan.



10. Laporan-> Analisis Markah (Markah individu beserta aktiviti)
-Pilih Tahun, Kelas, Klik Pada icon papar. -> Paparan dibawah akan dipaparkan.



11. Laporan-> Senarai Markah (Markah akhir bagi setiap komponen dan dipapadkan mengikut kelas)
-Pilih Tahun, Kelas. Paparan dibawah akan dipaprkan.


12. Cetakan
-Klik icon printer untuk print semua maklumat dan markah pelajar mengikut kategori.
-Klik icon kertas untuk print maklumat dan markah secara individu.

13. Pengesahan Markah-> Markah Kokurikulm
-Paparan berikut dipaparkan


-Calon Lengkap – Murid yang telah lengkap ketiga-tiga komponen wajib.
-Calon tidak lengkap- Masih terdapat markah yang belum diisi. Klik Pada nombor yang bewarna biru, serai pelajar akan dipaparkan.
-Calon tidak berdaftar – Markah calon belum pernah diisi pada mana-mana komponen.



Petunjuk

Klik pada icon Pangkah. Pengguna akan dibawa kepaparan yang berkaitan untuk melengkapkan maklumat pelajar.

-Setelah semua pelajar lengkap, butang SAH MARKAH akan berfungsi. Pengguna boleh mengklik butang tersebut. PERHATIAN: Pengguna tidak lagi boleh mengubah maklumat markah pelajar setelah butang sah markah diklik. Untuk mereset pengesahan ini, pengguna dikehendaki menghubungi JPN atau BKK. Sila Pastikan markah adalah betul sebelum membuat pengesahan bagi mengelakkan kesulitan.



Contoh paparan setelah sistem disah markah.


Download Manual Pengisian Markah PAJSK

Kepada guru yang ingin mendapatkan versi pdf, boleh download bahan tersebut dibawah.



Kesimpulan


Proses mengemaskini atau memasukkan markah ke dalam sistem PAJSK adalah mudah sebenarnya. Namun masalah seperti bebanan kerja guru, capaian internet bermasalah dan beberapa faktor luar lain menyebabkan ianya menjadi sukar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan