:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT KO-KURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

PAJSK


PAJSK Online atau dalam bahasa penuhnya ialah Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PAJSK ini adalah pentaksiran yang perlu di duduki atau diambil oleh semua murid sekolah rendah dan menengah.

Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum ini dibangunkan bagi kemasukan prestasi berlandaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru. Sistem ini dibangunkan secara atas talian bagi memudahkan pihak berwajib (guru) untuk memasukkan data dengan cepat dan efisien.

Berbeza dengan Sistem Pengurusan Sekolah Modul Murid iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), sistem PAJSK ini adalah khas untuk pentaksiran bukan data murid semata-mata. Ianya mempunya 3 komponen asas penilaian yang akan diterangkan kemudian. Sebelum ini mari kita login dahulu ke dalam sistem ini.


Komponen PAJSK KPM yang paling utama dapat dibahagikan kepada 3. Secara asasnya PAJSK ini terbahagi kepada komponen SEGAK & BMI, Kokurikulum dan terakhir sekali ialah Ekstra Kurikulum.

3 Komponen PAJSK KPM

1. SEGAK dan BMI (Body Mass Index)
2. Kokurikulum
-Sukan/Permainan
-Kelab/Persatuan
-Badan Beruniform
3. Ekstra Kurikulum


Komponen yang di Taksir dalam PAJSK

Pentaksiran ini melibatkan pelaporan dan aktiviti atau penglibatan murid. Segak & BMI contohnya hanya melibatkan guru melaksanakan ujian di sekolah. Manakala kokurikulum dibahagikan kepada sukan permainanan, kelab persatuan, dan badan uniform. Kokurikulum pula lebih kepada aktiviti kokurikulum murid pada waktu kokurikulum di sekolah.

Ekstra kurikulum pula sedikit berbeza, ianya seperti sahsiah murid dalam penglibatan aktiviti kemasyarakatan atau kerja sukarela. Mari kita lihat gambar dibawah untuk lebih memahaminya.


Dari segi pemarkahan PAJSK, setiap modul ini memberi markah yang berlainan. Contohnya seperti berikut.

Ya, begitulah secara mudahnya contoh pembahagian pentaksiran PAJSK ini. Oleh sebab itu, ibubapa terutama perlu paham bertapa pentingnya penilaian PAJSK ini kerana sebenarnya ianya turut menyumbang markah dalam penempatan murid untuk ke IPTA.


Cara Pengiraan Markah Sukan & Kokurikulum

Seperti yang di nyatakan, markah PAJSK anda sangat penting kerana ianya memberi credit 10% untuk anda ke IPTA. Contoh mudah kepentingan markah ini ialah katakan situasinya seperti berikut.

1. Siti Saleha binti Fakrul Razi
Keputusan SPM 8A+ 1A
Memohon UPU Online Program Asasi Perubatan di UIA
Cemerlang PAJSK dengan markah 9.5%

2. Nurfahiza binti Mahmud
Keputusan SPM 8A+ 1A
Memohon UPU Online Program Asasi Perubatan di UIA
Keputusan PAJSK hanya membawa markah 4.5%

Persoalan mudah, jika pada tahun ini penempatan ke IPTA sangat hebat saingannya kerana ramai yang cemerlang dalam SPM lalu maka hanya tinggal 1 sahaja penempatan di UIA untuk program asasi perubatan. Anda rasa siapa yang akan terpilih?

Baiklah untuk lebih nampak lagi cara pengiraan markah ini dikongsikan gambaran pengiraan markah PAJSK ini.

Kesimpulan

Diharap apa yang dikongsikan oleh kami ini dapat membuka mata murid dan ibubapa sekalian bertapa pentingnya murid semua untuk aktif dalam bidang kokurikulum kerana ianya membantu mereka untuk penempatan IPTA nanti.

Selain itu, PAJSK juga memberikan kesedaran kepada murid untuk hidup dalam gaya hidup yang sihat. Kesihatan perlu diutamakan dan barulah badan cergas otak bijak.


PAJSK Online

Untuk login ke Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum ini bagi membuat semakan markah kokurikulum atau mengemaskini data baru anda hanya perlu ke login dibawah.

Klik untuk Login ke Sistem Pentaksiran

Minta perhatian, selepas anda ke laman web pentaksiran ini sila pilih sama ada pentaksiran rendah atau menengah kemudian tekan butang mengikut yang tersenarai.



4 ulasan: