:: SELAMAT DATANG KE PORTAL UNIT KO-KURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI ::

Ahad, 6 Januari 2019

Koleksi Rancangan Aktiviti Tahunan Ko-Kurikulum


Aktiviti - aktiviti yang dilaksanakan di sekolah biasanya telah dirangka dan dirancang oleh pengurusan sesuatu badan kokurikulum pada awal tahun hasil daripada perbincangan di antara guru penasihat dan pentadbir sekolah dengan berlandaskan keupayaan sekolah dan murid.


Matlamatnya adalah melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan yang mampu mewakili sekolah dalam peringkat pertandingan- zon,negeri, kebangsaan dan antarabangsa, menawarkan saluran rekreasi yang sihat kepada semua pelajar serta meyediakan peluang dan ruang untuk pelajar bergerak secara aktif dalam ruang lingkup yang manasabah dan terkawal dan melahirkan pemimpin di kalangan masyarakat pelajar untuk menjadi galang ganti kepimpinan pada masa hadapan.

Objektif kelab dan persatuan adalah untuk melatih para pelajar menjadi lebih aktif dan dinamik sesuai dengan arus pembangunan negara, memupuk semangat berkerjasama berpasukan dan perpaduan di kalangan pelajar, membolehkan para pelajar meyalurkan semangat cintakan sekolah dan tanahair melalui program-program terancang kokurikulum merentasi kurikulum dan memberi latihan kepada para pelajar melalui pendedahan yang pelbagai.

Berikut merupakan koleksi aktiviti tahunan kelab dan persatuan. Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan